ARC MAIN
AMATEUR ?
PACKET RADIO
NEWS
PHOTO
FAVOURITES
COMMITEE
ADVISOR
REPEATER
Guessbook
WHAT IS AMATEUR RADIO?

Pendahuluan

 

Apakah yang dikatakan radio amatur?

Radio Amatur adalah merupakan salah satu daripada alat yang digunakan bagi tujuan komunikasi dengan menggunakan peralatan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana ianya digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau keseluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

 

Sebagaimana yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas,sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang mana ianya membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah tv yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.

 

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "morse code".

 

Pengendali Radio Amatur adalah merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggillannya (call sign) sendiri yang mana merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara (Airwaves). Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia Radio Amatur manakala masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti di masa terluang.

 

Keseronokan di dalam menggunakan perhubungan Radio Amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.

 

Dari itu dapatlah kita simpulkan bahawa Radio Amatur adalah merupakan suatu hobi yang amat baik dan menarik bagi tujuan pendidikan dan perhubungna yang demokrasi.

 

Siapa yang boleh menyertai?

 

Radio Amatur adlah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur, pangkat, agama, bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali Radio Amatur, mereka akan dapat sesuatu yang menyeronokan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia juga sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Di dalam Radio Amatur, ianya akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik di mana ianya menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik di mana kini semakin ramai orang menyertai bidang ini.

 

Dari sini dapatlah diperhatikan bahawa Radio Amatur boleh disertai oleh sesiapa sahaja dari golongan bawahan hingga ke peringkat atasan seperti King Husin of Jordan, King Juan Carlos of Spain, Senator Barry Goldwater dan ramai lagi yang menjadi sebahagian dari masyarakat Radio Amatur.

 

Bagaimana untuk menyertai?

 

Pada peringkat awalnya, kita boleh menjadi seorang pendengar sahaja [ SWL (short wave listener) ] tetapi jika kita hendak berkomunikasi iaitu memancarkan isyarat. Kita perlu mempunyai lesen dari JTM. Kita perlu menghadari R.A.E (Radio Amatur Examination), satu ujian teori yang mana jikalau lulus di dalam ujian ini kita bolehlah memohon lesen "B" (B License) yang mana membenarkan kita untuk menggunakan band VHF dan jikalau kita hendak memancarkan ke seluruh dunia kita perlu menjalani satu ujian lagi, iaitu "CW Test" (Ujian Morse Kod). Setelah lulus kedua-dua ujian tersebut, maka kita jadilah sebagai seorang pengendali Radio Amatur yang profesional.

 

[ARC MAIN] [AMATEUR ?] [PACKET RADIO] [NEWS] [PHOTO] [FAVOURITES] [COMMITEE] [ADVISOR] [REPEATER] [Guessbook]

This site was built with the NetObjects Fusion 4.0 Trial.
Download your FREE trial today!